Rabu, 19 September 2007


Assalamualaikum wrt akhwat yang dirahmati Allah.. Alhamdulillah..hingga saat ini kita masih la dikurniakan nikmat yang tidak ternalai iaitu nikmat Islam dan kesihatan bagi kita meneruskan kehidupan tang penuh panca roba ini.. di sini terdapat beberapa kisah yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan bagi kita..sama-sama lah kita hayatinya…

Kenapa Saidatina Khadijah sumber kekuatan Rasulullah
ISTERI Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah.Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan... daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah.
Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.Firman Allah bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

ZAHIRNYA KAYA TETAPI MISKIN BATIN

Dalam suatu situasi sedang Rasulullah dalam majlis ilmu bersama para sahabatnya, tiba-tiba datang seorang fakir miskin yang berpakaian koyak-rabak. Kehadirannya adalah semata-mata untuk mendengar syarahan Rasulullah serta menimba ilmu. Setelah mendapati ada ruang kosong, si miskin ini pun duduk. Kebetulan di sebelahnya ada seorang lelaki kaya yang berpakaian kemas, bersih dan cantik. Tiba-tiba si kaya ini mengangkat pakaiannya lalu beredar dari situ. Semua tingkah laku ini telah diperhatikan oleh Rasulullah. "Adakah engkau bimbang kefakirannya berjangkit kepadamu ?" Rasulullah bertanya. "Tidak Ya Rasulullah,"jawabnya. "Ataupun engkau bimbang kekayaanmu berpindah kepadanya ?" "Tidak Ya Rasulullah." "Ataupun engkau khuatir pakaianmu akan kotor kerananya ?" "Tidak Ya Rasulullah." Si kaya sudah tiada jawapan untuk diberikan kepada Rasulullah. Setelah menyedari kesilapan dan kesombongannya itu telah menyakiti saudara seagamanya, berkatalah si kaya, "Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan juga Rasul-Nya. Izinkan aku memberi sebahagian hartaku kepada sahabat ini sebagai penebus dosaku." Lalu segera dijawab oleh si miskin,"Aku tidak akan menerima harta darinya Ya Rasulullah. Aku bimbang jika aku juga akan terkena penyakit sepertinya suatu hari nanti.


Semoga apa yang dapat saya titipkan di sini menjadi pengajaran bagi semua.. sesungguhnya apa yang baik datang dari Allah dan apa yang kurang datang dari diri saya sendiri…walluhua’lam…